Program Bual Bicara bersama Mara (Khas untuk Usahawan)

22 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 21 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Program Bual Bicara bersama Mara yang memberi keutamaan kepada para usahawan yang berlangsung secara live di StreamYard dan Facebook. Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan para usahawan bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka. Antara pengisian program ini ialah menerangkan jenis-jenis bantuan yang diberikan serta syarat-syarat kelayakan yang diperlukan.

Syarat utama kelayakan pemohon bantuan tersebut hendaklah mempunyai lesen perniagaan yang sah untuk memudahkan permohonan bantuan tersebut. Pihak Mara juga akan memberi Coaching untuk mengajar mereka dari langkah demi lamgkah. Pihak Mara juga akan memberi nasihat jika terdapat masalah pada perniagaan dan membantu usahawan untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan progran ini, usahawan-usahawan ini dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan adanya bantuan sebegini. Peniaga-peniaga baru yang ingin berjinak-jinak dalam bidang perniagaan juga dapat meminta bantuan dan nasihat daripada pihak Mara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali