Kelas Ms Word (Asas & Membuat Minit Mesyuarat)
4 Mac 2021 | Aktiviti TerkiniRabu bersamaan 3 March 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan kelas Ms Word iaitu asas penggunaan serta cara membuat minit mesyuarat bersama pelajar sekolah menengah bermula pada jam 3:00 sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan Ms Word dan cara membuat minit mesyuarat.
Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat beserta contoh tentang cara menggunakan Ms Word. Untuk pengenalan ,peserta diajar tentang cara mengedit font termasuklah memilih jenis font,size,cara mengunakan bold,italic,underline, cara membesar dan mengecilkan perkataan. Untuk sesi latihan dan pembelajaran, peserta diminta menaip minit mesyuarat untuk AJK Persatuan Mualaf Kg Spaoh. Minit mesyuarat tersebut telah disediakan oleh pengerusi persatuan. Peserta diminta menaip semula minit mesyuarat tersebut semasa sesi latihan. Staf memastikan peserta menyiapkan tugasan serta sesi semakan dan pembetulan sebelum kelas tamat.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: