Mengedit Latar Belakang Gambar Tanpa Menggunakan Aplikasi

28 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 27 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh telah berkongsi video tutorial cara mengedit latar belakang gambar tanpa menggunakan aplikasi yang dikongsi di Facebook dan Instagram.

Tujuan utama video tutorial ini adalah untuk memberi pendedahan serta cara-cara mudah untuk mengedit latar belakang gambar tanpa menggunakan aplikasi.

Antara pengisian video ini ialah memberi tunjuk ajar dan cara-cara untuk mengedit latar belakang gambar. Video ini menunjukkan satu persatu cara agar penonton mudah memahami dan diberi keterangan untuk setiap bahagian yang perlu dipilih untuk mengedit latar belakang gambar.

Dengan perkongsian melalui video ini, diharapkan agar dapat memberi pendedahan dan memberi tunjuk ajar kepada komuniti cara mudah untuk mengedit latar belakang gambar tanpa perlu menggunakan sebarang aplikasi khusus sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali