Kelas Asas Membuat Kad Ucapan Menggunakan Microsoft Word
25 April 2021 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 24 April 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan kelas asas membuat kad ucapan menggunakan Microsoft Word yang bermula pada jam 3:30 petang sehingga 4:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta mengajar mereka bagaimana untuk membuat kad ucapan dengan mudah menggunakan Microsoft Word.
Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat beserta contoh tentang cara membuat kad ucapan tersebut. Untuk pengenalan, peserta diberikan contoh-contoh kad ucapan yang di buat menggunakan Microsoft Word. Semasa sesi pembelajaran, peserta diajar bagaimana untuk membuat kad ucapan yang paling mudah dan asas seperti meminta mereka untuk membuat saiz kad, meletakkan corak untuk menghias kad, meletakkan ucapan atau kata-kata, mengubah warna serta meletakkan gambar-gambar yang berkaitan untuk menghias kad tersebut.
Dengan adanya kelas seperti ini, pendedahan awal terhadap pengunaan Microsoft Word untuk membuat kad ucapan dapat membantu peserta mempraktikan ilmu yang diajar pada kemudian hari sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: