Aktiviti E-Learning (Canva.com)
12 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKhamis bersamaan 11 Febuari 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan aktiviti E-Learning iaitu membuat resume ringkas menggunakan program canva secara online bersama pelajar sekolah menengah bermula pada jam 3:30 sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mudah membuat resume menggunakan aplikasi canva.com. Kelas ini merupakan sesi ulang kaji untuk ahli pusat internet sama ada untuk ahli baru mahupun ahli lama.
Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit taklimat kepentingan menguasai aplikasi canva dan kelebihannya dalam membantu pembelajaran. Seterusnya sesi memilih template resume yang sesuai dan sesi mengedit resume. Peserta juga diberitahu tentang kepentingan resume terutamanya untuk tujuan memohon pekerjaan pada masa depan. Untuk sesi latihan, peserta diminta menyiapkan resume dan mengedit berkaitan info diri masing-masing. Kelas tamat dengan sesi soal jawab dan pemahaman.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: