Cara Menambah Link ke Google Chrome Shortcut

25 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 21 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah menyediakan video tutorial menambah link ke Google Chrome shortcut.

Tujuan utama video tutorial ini adalah untuk memberi tunjuk ajar dan cara menambah link ke Google Chrome shotcut. Antara pengisian video ialah copy link tersebut untuk ditmbah ke shortcut. Setelah itu menambah link tersebut ke dalam folder link yang terdapat di muka depan Google Chrome. Fail link tersebut perlulah dinamakan untuk memudahkan kita mencari link tersebut.

Dengan tutorial ini, komuniti setempat dapat diberi tunjuk ajar dan pendedahan agar sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali