Kelas Ms Word (Asas & Cara Membuat Jadual)

18 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 17 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan kelas Ms Word iaitu asas penggunaan serta cara membuat jadual bersama pelajar sekolah rendah dan menengah bermula pada jam 3:30 sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan Ms Word dan cara membuat jadual.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat beserta contoh tentang cara menggunakan Ms Word. Untuk pengenalan ,peserta diajar tentang cara mengedit font termasuklah memilih jenis font,size,cara mengunakan bold,italic,underline, cara membesar dan mengecilkan perkataan. Selain itu,peserta diajar cara menggunakan word art, highlight dan cara memilih warna font. Sesi pembelajaran diakhiri tentang cara memasukkan jadual pembelian barangan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali