Kelas Ms Publisher (Asas Mengedit Gambar)

17 April 2021 | Aktiviti Terkini

Jumaat bersamaan 16 April 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan kelas Ms Publisher iaitu asas penggunaan serta cara mengedit gambar bersama pelajar sekolah menengah bermula pada jam 2:30 sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan Ms Publisher dan ringkasan cara mengedit gambar.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat beserta cara menggunakan Ms Publisher. Untuk pengenalan ,peserta diajar tentang cara mendapatkan gambar secara online menggunakan enjin carian Google.com. Setelah mencari gambar-gambar secara atas talian, gambar tersebut seterusnya digunakan untuk diedit dalam program Ms Publisher. Sepanjang proses pembelajaran, peserta diajar cara mengubah size gambar, menyusun gambar, memilih frame gambar, serta mengedit gambar untuk kelihatan lebih menarik. Kemudian, peserta belajar menyimpan tugasan yang disiapkan ke desktop komputer masing-masing.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am berkenaan Ms Publisher untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali