Advokasi: E-Waste
15 Disember 2021 | Aktiviti TerkiniSelasa bersamaan 14 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi Spaoh) telah menyediakan video Advokasi mengenai E-Waste atau sisa elektronik.
Tujuan utama video ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti untuk mengurangi pembuangan sisa elektronik.
Antara pengisian video ialah menyatakan apa itu E-Waste. Seterusnya terdapat juga penyataan tentang bahan-bahan yang merbahaya dan tidak merbahaya.
Denganvideo ini, komuniti setempat dapat diberi pendedahan mengenai E-Waste dan langkah-langkah menguranginya agar sejajar dengan matlamat PEDi iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: