Kelas Asas ICT - Shortcut pada papan kekunci

11 April 2021 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 10 April 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan kelas memberi pendedahan bersama pelajar sekolah mengenai terma-terma “shortcut” yang ada pada papan kekunci yang bermula pada jam 2:30 petang sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan shortcut yang membolehkan peserta menerapkan asas ini dikemudian hari sama ada dalam Microsoft mahupun dalam bentuk penulisan yang melibatkan ICT yang lainya.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat beserta contoh tentang cara menggunakan shortcut tersebut. Untuk pengenalan, peserta diberikan taklimat berkenaan asas-asas shortcut yang ada pada papan kekunci. Semasa sesi pembelajaran, peserta diajar bagaimana untuk membuat shortcut yang paling asas seperti menghitamkan tulisan, membuat tulisan condong, membuat tulisan underline, cara membuat copy dan paste, cara mewarnakan semua tulisan, dan seterusnya sesi soal jawap dan meminta mereka untuk menyenaraikan serta mempraktikkan kembali apa yang telah dipelajari untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka tentang apa yang dipelajari sebelumnya.

Dengan adanya kelas seperti ini, pendedahan awal terhadap pengunaan shortcut dapat membantu peserta dikemudian hari sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali