Webinar Shopee Universiti Pertengahan – Petua Pemasaran Untuk Kedai Shopee Anda x MCMC

15 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 14 Ogos 2021, Pengurus dan Penolong Pengurus PIK Spaoh telah menyertai webinar anjuran Shopee bersama MCMC bertajuk Petua Pemasaran Untuk Kedai Shopee Anda x MCMC yang bermula pada jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari. Cik Atika merupakan wakil dari Shopee yang berkongsi pengetahuan tentang selok-belok pemasaran produk dalam platform e-dagang tersebut.

Antara intipati webinar tersebut adalah perkongsian tentang strategi pemasaran produk dalam platform e-dagang Shopee. Selain itu, wakil dari Shopee juga turut berkongsi petua-petua untuk untuk mencantikkan kedai Shopee usahawan dan cara-cara yang betul untuk berurusan dengan pelanggan yang berminat dengan produk mereka. Cik Atika juga memberi peringatan bahawa penalti akan dikenakan ke atas usahawan yang didapati menjual produk tiruan.

Diharapkan webinar ini dapat membantu usahawan dalam memasarkan produk mereka dengan lebih yakin agar dapat meningkatkan keuntungan perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali