Kelas E-Learning (Mendaftar akaun Gmail)

10 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 9 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu ‘Mendaftar akaun Gmail’ yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi bertempat di Pusat Internet Komuniti Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh seorang ahli PIK Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengajar dan memberi didikan kepada komuniti cara-cara mendaftar atau membuat akaun Gmail. Kini, semua bentuk aplikasi atau permohonan pekerjaan memerlukan akaun Gmail untuk mendaftar dan setiap komuniti seharusnya mempunyai akaun Gmail.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta hanya perlu mengetahui dan membawa kad pengenalan serta alamat yang betul. Bagi mereka yang berumur bawah 12 tahun, kawalan dan pengesahan daripada ahli keluarga atau ibu bapa diperlukan agar dapat mengawal serta mengawasi akaun dan aktiviti anak-anak dalam media massa. Pemilihan nama yang unik diperlukan semasa mendaftar akaun tersebut serta peserta hendaklah mengingat kata laluan yang telah dibuat agar memudahkan urusan ketika mendaftar masuk akaun Gmail nanti. Memasukkan nombor telefon bimbit amat digalakkan sebagai tanda keselamatan tambahan dan memudahkan urusan ketika lupa kata laluan. Setelah selesai mendaftar akaun Gmail, peserta boleh mendaftar akaun seperti Facebook, Twitter, Instagram dan memohon pekerjaan secara atas talian.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali