Kelas ICT (Masa Depan Komputer Bahagian 1: Teknologi Sedia ada) Kumpulan 1

9 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 8 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas ICT iaitu ‘Teknologi Sedia ada’ yang bermula pada jam 3.30 petang hingga 4.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh murid-murid sekolah rendah dan menengah Spaoh.

Tujuan utama kelas ini untuk mengajar dan memberi pendedahan awal kepada para peserta asas ICT yang penting dan perlu di pelajari iaitu Teknologi Sedia ada.

Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit pengenalan kepada kelas yang akan diadakan. Peserta kelas tersebut sebelumnya di nasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara kita dalam memerangi penularan wabak Covid-19. Kelas ini merupakan bahagian pertama untuk kumpulan pertama dalam unit masa depan komputer iaitu teknologi sedia ada di mana peserta diterangkan mengenai jenis komputer, pengguna yang diinginkan serta perkembangan teknologi prosesor. Komputer merupakan apa-apa peralatan eletronik yang mempunyai mikroprosesor. Jenis-jenis komputer ialah komputer persendirian, komputer mudah alih, konsol permainan, servers, supercomputer serta mainframes. Komputer mudah alih terbahagi kepada telefon mudah alih, laptop, tab dan camera. Pengguna sasaran ditentukan mengikut keperluan pengguna itu sendiri seperti di rumah, di pejabat, atau untuk melancong. Selepas itu, peserta dijelaskan berkenaan sejarah perkembangan mikroprosesor. Mikroprosesor merupakan litar bersepadu yang dihasilkan untuk memproses arahan dan ia komponen termahal di dalam komputer. Mikroprosessor terletak dalam CPU dan yang pertama dihasilkan bernama tiub vacuum. Kemudian ia digantikan dengan adanya transistor seterusnya menjadi litar bersepadu dan akhirnya tercipta mikroprosesor.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet Komuniti iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali