Kelas Microsoft Office Word (Menaip Surat Jemputan)
23 Febuari 2020 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 22 Februari 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Word (Ms.Word) iaitu ‘Menaip Surat Jemputan’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingg 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara menaip surat jemputan menggunakan program Ms. Word.
Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diajar cara-cara asas untuk menggunakan Ms. Word seperti menukar jenis dan saiz font, menukar warna dan latar belakang font, menebal dan menyengetkan font, konsep alignment dan banyak lagi. Kemudian setiap peserta dikehendaki menaip dengan betul surat jemputan mengikut contoh yang telah diberikan bagi menguji pemahaman dan kemahiran peserta menggunakan program Ms. Word. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: