Program Advokasi (KDB & ‘Truth Campaign’)
18 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 17 Oktober 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Program Advokasi yang bermula pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Program ini telah diadakan secara atas talian menggunakan laman sesawang percuma untuk live streaming iaitu Stream Yard. Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan program advokasi yang disarankan oleh pihak MCMC seperti Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga kempen terbaru daripada MCMC iaitu Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong.
Antara pengisian semasa program ini diadakan adalah melalui taklimat kempen yang disarankan oleh pihak MCMC iaitu mengenai KDB. Peserta diterangkan maksud dan aspek-aspek penting yang perlu diingat oleh para peserta iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Peserta juga dijelaskan objektif-objektif kempen KDB ini seperti melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan baru. Kemudian peserta diterangkan 3 agenda KDB iaitu risiko dalam talian, berkongsi secara berlebihan dan maklumat palsu. Untuk topik berkongsi secara berlebihan, peserta mulanya ditayangkan video berkenaan topik tersebut.
Melalui video tersebut, apa yang boleh dipelajari oleh peserta adalah tidak berkongsi terlalu banyak infomasi atau maklumat diri terutamanya ke dalam laman rangkaian sosial di mana kita telah membiarkan ribuan dan jutaan orang dalam internet mengetahui semua maklumat mengenai kita. Peserta ditayangkan beberapa buah video yang berkaitan dengan KDB seperti video Maklumat Palsu. Dalam video ini, peserta diajar untuk tidak berkongsi apa-apa maklumat daripada internet seperti Facebook dan Instagram tanpa memikirkan kesahihan dan kesan maklumat tersebut terhadap diri dan orang yang membacanya.
Untuk ‘Truth Campaign’ pula, objektif utama kempen ini adalah untuk memerangi penyebaran berita palsu serta mempromosikan tingkah laku dan tanggungjawab yang positif seperti bercakap benar, bijak menilai dan beringat bila bercakap. Antara mesej utama yang ingin di sampaikan ialah hentikan pembohongan, pembohongan memusnahkan kehidupan, menyebar dan membuat berita palsu adalah tingkah laku yang tidak boleh diterima serta semak fakta melalui Sebenarnya.my. Terdapat banyak poster berkenaan kempen ini telah dibuat dan disebar ke semua media sosial bagi menyedarkan pengguna-pengguna dalam internet. Dengan program sebegini, sedikit sebanyak masyarakat atau komuniti di kawasan PI Spaoh dapat dididik dan mendapat sedikit gambaran agar tidak mudah mempercayai maklumat dalam internet tanpa menyemak kesahihannya dengan mengitar semula sisa buangan elektronik dan memastikan semua barangan elektronik yang dibeli mempunyai cop pengesahan daripada MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: