TTT StreamYard Live Streaming Studio

9 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 8 Ogos 2020, Semua pengurus pusat internet di bawah kelolaan Maxis telah menghadiri kursus secara atas talian iaitu ‘TTT StreamYard Live Streaming Studio’. Kursus ini bermula pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Kursus yang dihadiri oleh semua pengurus pusat internet ini diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Tujuan utama kursus ini diadakan memberi pendedahan kepada staff Pusat Internet tentang alternatif pengendalian kelas dalam talian menggunakan aplikasi percuma iaitu StreamYard Live Streaming Studio.

Antara pengisian sepanjang kursus peserta pada awalnya diberi penerangan mengenai kursus yang akan diadakan seperti pengenalan dan tujuan kursus ini diadakan. Peserta turut dijelaskan semua objektif dan maklamat yang ingin dicapai untuk kursus kali ini. Setelah penerangan pengenalan dan objektif selesai, peserta diterangkan kepada aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang kursus berlangsung. Terdapat 9 aktiviti yang akan diadakan iaitu pendaftaran Laman Web Streamyard, cara menghubungkan StreamYard dengan Facebook Page Pusat Internet masing masing, cara membuat ‘Broadcast’ atau ‘Live Streaming’, cara membuat penjadualan (schedule for later) untuk jangka masa siaran langsung, cara meletakkan thumbnail untuk iklan siaran langsung, cara pengaktifan mikrofon dan kamera, cara menghubungkan studio siaran langsung dengan pilihan skrin (sharing screen), cara membuat tayangan komen dan banner di skrin bawah dan akhir sekali cara menguruskan Dashboard Studio.

Setiap aktiviti dijelaskan dengan terperinci dan semua peserta dikehendaki membuat atau melalukan sendiri semua aktiviti yang dilakukan untuk pemahaman yang lebih mendalam. Setelah semua aktiviti habis dilakukan, penerangan penutup kepada semua peserta bagi merangkumi semua aktiviti serta kursus yang diadakan pada hari tersebut. Dengan ada kursus sebegini, sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan lagi ilmu pengetahuan kepada semua peserta bagi membantu menaikkan lagi mutu dan cara pengajaran di samping melahirkan para pendidik yang sentiasa peka kepada perubahan semasa. Ini penting bagi membantu menyampaikan ilmu dan didikan kepada komuniti tanpa mengira halangan yang ditempuhi kerana sentiasa ada jalan penyelesaian terhadap masalah yang berlaku dari masa ke semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali