Kelas Softskill (Pemikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah)

17 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 16 Ogos 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Softskill iaitu ‘Pemikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengingatkan semula dan merupakan kelas ulangan kepada peserta yang pernah mengikuti kelas ICT sebelum ini. Kelas ini merupakan kelas sambungan softskill atau kemahiran insaniah yang menumpukan pada salah satu lagi prinsip dalam pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah.

Kelas kali ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Pemikiran Kritis bahagian pertama dan Menyelesaikan Masalah untuk bahagian kedua. Seperti kelas softskill sebelumnya, peserta kelas akan diterangkan mengenai definisi untuk pemikiran kritis dimana mengikut kamus dewan edisi ke-3, kritis bermaksud tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu. Kemudian peserta dijelaskan ciri-ciri pemikiran kritis seperti tidak mudah untuk terus menerima, berfikis secara mendalam dan berhujah dalam aspek yang diutamakan. Selain itu, peserta juga diterangkan mengenai komponen pemikiran kritis iaitu kemahiran menganalisis dan kemahiran menilai serta seterusnya mereka dijelaskan kelebihan pemikiran kritis seperti menjadi lebih matang, sensitif dan prihatin serta lebih berhemat dan betanggungjawab.

Untuk bahagian kedua iaitu menyelesaikan masalah, peserta juga pada awalnya diterangkan tafsirnya sebagai perbezaan yang terdapat antara keadaan sebenar dengan keadaan yang diingini. Kemahiran menyelesaikan masalah ada tiga komponen iaitu sekumpulan maklumat yang tersedia, sekumpulan operasi dan maklamat atau huraian. Dalam menyelesaikan masalah terdapat proses seperti menyedari masalah, memahami masalah, membuat pilihan dan kesan daripada pilihan tersebut. Peserta juga dijelaskan 3 strategi menyelesaikan masalah iaitu secara algorithma, heuristic dan submatlamat. Akhir sekali, peserta turut diterangkan penghalang dalam menyelesaikan masalah seperti takut tanggung risiko, bersikap tergesa-gesa dan hanya suka menilai tapi tidak mahu menerbitkan idea. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali