Train The Trainer (TTT) Kursus Asas Peniaga Shopee (Sesi Penolong Pengurus)

13 November 2020 | Aktiviti Terkini

Khamis bersamaan 12 November 2020, pihak pengurusan telah mengadakan Kursus Asas Peniaga Shopee secara atas talian bersama sekumpulan penolong pengurus pusat internet komuniti seluruh Malaysia. Kursus ini berlangsung selama 3 jam bermula pada 9:30 pagi sehingga 12.30 tengahhari. Kursus ini dimulakan dengan menerangkan objektif iaitu belajar bagaimana menjual di Shopee termasuklah bagaimana persediaan kedai, memasarkan kedai , menghantar pesanan dan menguruskan kewangan penjualan. Terlebih dahulu,peserta diberikan pengenalan mengenai shopee di mana ia merupakan antara platform e-dagang yang terkenal dan terbesar di Asia Tenggara dan juga Taiwan.

Seterusnya peserta diberikan taklimat berkenaan langkah-langkah mendirikan kedai di shoppee iaitu dimulakan dengan membuka akaun, memuat naik prosuk, menyediakan kedai dengan menyiapkan profile, memasarkan kedai dan diikuti dengan proses jualan. Peserta kemudian diajar cara mengedit produk jualan sehingga cara membuat penghantaran dengan mengakses bahagian seller centre. Peserta juga didedahkan tentang tips terbaik untuk menamakan produk untuk memastikan produk muncul di tempat yang betul.

Kemudian, taklimat terperinci berkenaan langkah-langkah membuat penghantaran termasuklah cara mendaftar program penghantaran percuma poslaju 5kg. Untuk bahagian pemasaran , peserta didedahkan tentang cara membuat diskaun,baucer,dan membri hadiah kepada pengikut kedai. Taklimat diakhiri dengan taklimat cara mengurus kewangan jualan termasuklah bayaran transaksi, menambah akaun bank, berkenaan shopee guarantee dan juga seller wallet. Taklimat ini banyak memberi manfaat kepada peserta dan sesuai untuk usahawan tempatan mengembangkan lagi perniagaan secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali