Train The Trainer (TTT): Kursus Asas Peniaga Shopee
11 November 2020 | Aktiviti TerkiniSelasa bersamaan 10 November 2020, TTT yang bertajuk Kursus Asas Peniaga Shopee telah diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom kepada peserta yang telah mendaftar untuk menyertai kursus tersebut. Kursus tersebut disertai oleh staf-staf pusat internet komuniti dalam Malaysia terutamanya staf di bawah mengendalian Maxis. Kursus ini bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 1.00 petang. Tujuan utama kursus ini adalah memberi latihan dan mengajar staf-staf pusat internet komuniti yang belum pernah menyertai kursus ini dengan cara-cara untuk menjadi penjual dan menjual produk mereka masing-masing ke dalam aplikasi membeli belah atas talian iaitu Shopee. Dengan situasi pandemic Covid-19 yang masih belum reda dan selesai, sangat digalakkan semua pembeli untuk membeli barangan menggunakan aplikasi atas talian.
Sebelum kursus dimulakan, semua peserta yang telah mendaftar untuk menyertai kursus tersebut hendaklah masuk ke dalam room Zoom yang telah disediakan oleh penyelia. Pembeli ceramah kursus kali ini ialah staf PIK Sg Limau. Kursus dimulakan dengan penerangan mengenai objektif kursus ini diadakan iaitu mengajar cara menjual produk ke dalam Shopee. Peserta diberikan pengenalan kepada Shopee di mana ia merupakan platform E-Dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan. Antara isi penting yang perlu diketahui oleh peserta pada kursus ini ialah langkah-langkah mendirikan kedai dalam Shopee iaitu membuka akaun, muatnaik produk, sediakan kedai, pemasaran kedai dan proses penjualan.
Peserta turut dijelaskan mengenai Seller Centre iaitu portal utama untuk penjual mengakses semua ciri dan tetapan dalam kedai dari Shopee. Dalam Shopee Centre ini penjual boleh mengedit / memuat naik maklumat produk,memproses pesanan / mengatur penghantaran, mengeluarkan wang, meningkatkan penjualan dan banyak lagi. Penerangan mengenai Shopee Subsidized Shipping Program seperti hantar pesanan anda tanpa bayaran pendahuluan dan Waybills dicetak sendiri. Selain itu, peserta kursus turut diajar untuk mendaftarkan akaun penjual Shopee mereka dengan Program Penghantaran Percuma Poslaju 5kg. Kemudian peserta dijelaskan mengenai Pusat Pemasaran iaitu platform untuk membantu penjual menguruskan promosi dan diskaun mereka.
Ia dapat diakses dengan mudah dari laman utama Seller Centre. Terdapat banyak alat untuk membantu penjual mengambil bahagian dalam kempen pemasaran yang sedang berlangsung, membawa lebih banyak trafik ke kedai mereka dan meningkatkan jumlah pesanan. Antara alat-alat yang digunakan dalam pemasaran produk seperti promosi diskaun, baucar, hadiah pengikut dan pilihan tertinggi. Setiap peserta diajar dengan terperinci cara-cara menggunakan alat-alat pemasaran ini terhadap produk jualan mereka. Akhir sekali, peserta dijelaskan dengan cara pengurusan kewangan dari hasil jualan produk seperti bayaran transaksi daripada Shopee, menambah akaun bank bagi yang belum pernah menggunakan akaun bank dalam Shopee, Shopee Guarantee dan Shopee Wallet. Dengan kursus sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am cara-cara menjadi penjual Shopee di mana dapat digunakah bukan peserta itu sahaja namun boleh menggunakan ilmu tersebut untuk mengajar komuniti setempat terutama usahawan dalam mempromosikan produk tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: