Kelas Ms. Publisher (Menyusun Gambar)
17 November 2020 | Aktiviti TerkiniIsnin bersamaan 16 November 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms. Publisher iaitu ‘Menyusun Gambar’ yang bermula pada jam 4.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini telah disertai oleh murid-murid sekolah rendah SK Spaoh. Tujuan utama kelas ini untuk mengajar para peserta yang baru dan ingin belajar cara-cara asas dalam menggunakan Ms. Publisher. Kebanyakkan komuniti masih tidak tahu kegunaan dan cara menggunakan Ms. Publisher dalam menyiapkan tugasan ataupun kerja. Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit pengenalan kepada kelas yang akan diadakan.
Peserta kelas tersebut sebelumnya di nasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara kita dalam memerangi penularan wabak Covid-19. Seperti tujuan utama kelas untuk mengajar peserta asas Ms. Publisher, mereka awalnya dikehendaki membuka Ms. Publisher dan sedikit penerangan berkenaan fungsi-fungsi serta kegunaan Ms. Publisher berbanding program Microsft Office yang lain. Antara contoh kegunaan Ms. Publisher ialah digunakan untuk membuat Flyer, Resume, resepi masakan, label serta sticker. Kemudian, peserta diterangkan fungsi-fungsi dalam Ms. Publisher seperti yang terdapat pada home button. Sebagai contoh membuat text box, menukar jenis dan saiz font, mengalih tulisan sama ada disisi kiri atau kanan dan di tengah, fungsi bold dan italic serta underlined.
Selepas itu, peserta diajar cara memasukkan gambar sama ada secara terus menggunakan online pictures ataupun memuat turun gambar ke dalam komputer dan kemudian insert atau masukkan ke dalam Ms. Publisher. Kemudian mereka diajar cara mengubah saiz gambar dan fungsi salin dan tampal gambar yang sama bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja. Peserta selepas itu diajar cara mengubah gambar yang tidak sama saiz dari segi ketinggian dan kelebaran menggunakan fungsi mengubah format gambar. Dalam fungsi ini, peserta diajar cara menyamakan semua saiz gambar dengan tidak menandakan lock aspect ratio agar semua gambar dalam saiz yang kita inginkan. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet Komuniti iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: