Kelas Asas Ms. Powerpoint (Poster Kemerdekaan)

17 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 16 Ogos 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms. Powerpoint iaitu ‘Membuat Poster Kemerdekaan’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan kerana ia merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diadakan oleh Pusat Internet seluruh Malaysia di mana setiap kali bulan kemerdekaan Pusat Internet akan mengadakan pelbagai aktiviti sebagai tanda menghayati bulan kemerdekaan. Pada tahun ini, antara aktiviti yang diadakan ialah membuat poster bertemakan Hari Kemerdekaan menggunakn program Ms. Powerpoint.

Antara pengisian semasa kelas, seperti biasa peserta akan diajar dan diberi tutorial cara-cara menggunakan Ms. Powerpoint untuk membuat poster. Antara perkara yang diajar kepada peserta sepanjang sesi pengajaran ialah cara mengubah jenis, saiz dan warna font, cara memggunakan feature seperti layout, tema atau latar belakang slides powerpoint dan cara mengambil gambar daripada internet atau dalam komputer untuk di masukkan ke dalam slide powerpoint. Namun, kebanyakkan peserta selalu lupa cara untuk memuat turun gambar daripada internet ke dalam komputer. Oleh itu, setiap kali kelas berlangsung, peserta akan diajar cara-cara mendapatkan dan memuat turun gambar daripada internet ke dalam komputer.

Setelah semua peserta faham dengan contoh yang telah diberikan, setiap daripada mereka akan diberikan tugasan untuk menyiapkan satu poster yang bertemakan Hari Kemerdekaan kerana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan tidak lama lagi. Peserta diberi masa selama 1 jam 30 minit untuk menyiapkan poster tersebut mengikut kreativiti mereka masing-masing. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali