Kelas Ms Powerpoint (Penerangan Bergambar)

13 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 12 Julai 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Powerpoint bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Powerpoint. Selain sesi pembelajaran tentang cara-cara menggunakan Ms Powerpoint, peserta diminta menyiapkan tugasan iaitu penerangan bergambar tentang fungsi-fungsi komponen komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengetahuan asas setiap button yang terdapat pada program Ms Powerpoint. Kemudian,peserta diminta membuat slide tentang fungsi-fungsi asas komponen komputer. Sepanjang kelas diadakan peserta diajar tentang cara menggunakan jenis-jenis slide,memasukkan slide, mengedit tajuk silde, dan cara memasukkan gambar yang telah dicari pada kelas sebelumnya menggunakan internet.

Selain intu,petugas juga mengajar peserta mencari fungsi setiap komponen secara online di mana kaedah yang sama juga digunakan untuk mencari pelbagai maklumat lain di internet. Akhir sekali, peserta diajar cara memasukkan animation ke dalam slide yang sudah siap. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali