Kelas E-Learning (Make Your Own Logo)

24 Febuari 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad, 23 Febuari 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu ‘Make Your On Logo’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah disertai oleh 10 orang pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara membuat logo sendiri menggunakan aplikasi online logo maker yang disediakan.

Selain itu, peserta dapat menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan logo yang menarik dan terbaik. Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan mengenai cara-cara asas yang diperlukan dalam proses membuat logo agar logo yang dihasilkan menepati objektif yang diinginkan.Peserta diberikan tugasan untuk menyiapkan logo yang dikehendaki menggunakan aplikasi tersebut di samping sesi pembelajaran tambahan iaitu menyimpan logo yang disiapkan menggunakan snipping tool.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali