Kelas Asas ICT (Perkakasan komputer)
5 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 4 Januari 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu “Perkakasan Komputer” yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 9 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai perkakasan komputer yang asas dan wajib di ketahui oleh peserta.
Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan mengenai maksud perkakasan komputer secara amnya dan contoh-contoh perkakasan komputer yang sering kita jumpa seperti papan kekunci, pembesar suara, paparan skrin, mesin pencetak, tetikus dan CPU. Peserta juga diterangkan mengenai proses input, processor dan output dengan kehadiran perkakasan komputer. Sebagai contoh, jika seseorang hendak menaip menggunakan komputer, input yang diperlukan untuk menaip ialah papan kekunci dan kemudiannya diproses oleh processor yang akhirnya menjadi output iaitu melalui paparan skrin.
Selain itu, peserta diajar jenis-jenis komputer seperti komputer mudah alih, komputer netbook, komputer desktop dan komputer notebook. Peserta turut diterangkan perbezaan antara komputer netbook dan desktop. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: