Kelas ICT (Perisian Komputer)
28 September 2020 | Aktiviti TerkiniAhad bersamaan 27 September 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas ICT iaitu ‘Perisian Komputer’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan utama kelas ini untuk mengulangkaji dan mengingatkan semula peserta mengenai asas ICT iaitu perisian komputer. Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan isi kandungan kelas yang akan dilakukan iaitu berkenaan perisian komputer.
Peserta mulanya diterangkan definisi untuk perisian di mana mengikut sumber Wikipedia iaitu koleksi program komputer yang membantu komputer untuk berfungsi. Perisian dikategorikan kepada 2 iaitu sistem perisian dan aplikasi perisian di mana terdapat banyak laki jenis-jenis dan contoh di bawah setiap kategori tersebut. Di bawah sistem perisian terdapat sistem operasi seperti Windows, Android, Mac Os dan Linux, utility, device driver serta bahasa programming. Manakala di bawah aplikasi perisian terdapat pengurusan fail, grafik, video, musik, penghasilan dokumen seperti program Microsoft Office, Adobe photoshop serta spreadsheet.
Selain itu, peserta dijelaskan berkenaan perlesenan dan hak rekacipta seperti maksud serta contoh-contohnya seperti open source, freeware, shareware, demoware dan perisian commercial. Di samping itu, peserta diterangkan maksud memasang dan nyahpasang untuk perisian dalam komputer. Akhir sekali peserta dijelaskan mengenai asas perisian kawalan seperti maksud malware dan contohnya serta maksud antivirus dan contohnya. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: