Kelas Ms. Excel (Membuat Kalendar Bulanan)

17 November 2020 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 16 November 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms. Excel iaitu ‘Membuat Kalendar Bulanan’ yang bermula pada jam 3.30 petang hingga 4.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh murid-murid sekolah rendah SK Spaoh. Tujuan utama kelas ini untuk mengajar para peserta yang baru dan ingin belajar cara-cara asas dalam menggunakan Ms. Excel. Kebanyakkan komuniti masih tidak tahu kegunaan dan cara menggunakan Ms. Excel dalam menyiapkan tugasan ataupun kerja dan salah satu kegunaannya ialah untuk membuat kalendar.

Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit pengenalan kepada kelas yang akan diadakan. Peserta kelas tersebut sebelumnya di nasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara kita dalam memerangi penularan wabak Covid-19. Seperti tujuan utama kelas untuk mengajar peserta asas Ms. Excel, mereka awalnya dikehendaki membuka Ms. Excel dan sedikit penerangan berkenaan fungsi-fungsi serta kegunaan Ms. Excel berbanding program Microsft Office yang lain. Antara contoh kegunaan Ms. Excel ialah digunakan untuk membuat kalendar, graf seperti graf bar, pie atau line, invoice, jadual kerja serta pelbagai jenis report. Memandangkan peserta semuanya adalah murid sekolah rendah, mereka hanya menggunakan templat yang sedia ada untuk membuat kalendar bulanan mereka. Kemudian, peserta diterangkan fungsi-fungsi dalam Ms. Excel untuk mengubah kalendar tersebut mengikut kreativiti mereka masing-masing seperti yang terdapat pada home button.

Sebagai contoh, menukar jenis dan saiz font, fungsi bold dan italic serta underlined. Selepas itu, peserta diajar cara memasukkan gambar sama ada secara terus menggunakan online pictures ataupun memuat turun gambar ke dalam komputer dan kemudian insert atau masukkan ke dalam Ms. Excel. Kemudian mereka diajar cara mengubah saiz gambar dan fungsi salin dan tampal gambar yang sama bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja. Selepas itu, mereka dikehendaki mengisi data di bahagian bawah tarikh dalam kalendar bulanan tersebut dengan aktiviti yang mereka akan lakukan sepanjang bulan tersebut. Hal ini penting bagi memastikan semua kerja yang akan dilakukan adalah mengikut perancangan masa dan tarikh yang telah ditentukan oleh mereka di samping memastikan mereka melakukan kerja dengan lebih sistematik. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet Komuniti iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali