Kelas Ms Excel (Membuat Jadual Kelas)
6 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniAhad bersamaan 5 Januari 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Excel bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 13 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Excel. Selain sesi pembelajaran tentang cara-cara menggunakan Ms Excel, peserta diminta menyiapkan jadual kelas masing-masing menggunakan program Ms Excel.
Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengetahuan asas setiap button yang terdapat pada program Ms Excel. Kemudian,peserta diminta menyiapkan jadual kelas masing-masing. Pada akhir kelas peserta telah tahu membuat jadual kelas sendiri menggunakan font yang sesuai, membuat border line, menggunakan button merge& centre serta alignment text supaya kelihatan lebih kemas. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: