Taklimat Advokasi (Check Your Label,Mobile E-waste, & KDB)

7 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 6 Julai 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan taklimat advokasi yang dihadiri oleh 5 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Taklimat tersebut diadakan di bilik latihan Pusat Internet Spaoh.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara pelupusan e-sisa yang betul dan menerangkan tentang tempat yang disediakan khas oleh MCMC untuk mengumpul barangan elektronik atau e-sisa contohnya kotak e-waste yang disediakan di mana-mana pusat internet berdekatan. Selain itu, petugas juga menerangkan kepentingan memeriksa label di mana-mana peranti elektronik untuk jaminan keselamatan. Akhir sekali, petugas mengulas topik berkenaan klik dengan bijak iaitu tips bijak memilih kawan dan tidak berkongsi maklumat seperti lokasi/kedudukan di mana-mana media sosial.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan tentang kempen mobile e-waste dan check your label (label MCMC). Sepanjang taklimat diadakan, peserta menonton tayangan video pendek berkenaan kempen yang disarankan oleh MCMC termasuklah kempen KDB. Petugas juga melakukan sesi soal jawab bersama peserta untuk memastikan peserta faham akan mesej yang disampaikan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali