Kelas Ms Publisher (Ulangkaji dan Cara Membuat Menu)

3 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Rabu bersamaan 2 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Publisher bermula pada jam 3:30 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan pusat internet. Kelas ini telah di sertai oleh beberapa orang pelajar daripada sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas dan fungsi Ms Publisher serta sesi ulangkaji pembelajaran yang lepas.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai pengetahuan asas setiap button yang terdapat pada program Ms Publisher dan cara menggunakannya. Pada kelas kali ini,peserta diajar cara mengedit menu makanan dengan menggunakan font dan size font yang bersesuaian. Selain itu,peserta menggunakan template sedia ada dan mengedit mengikut kreativiti masing-masing. Petugas banyak membantu peserta dengan mengajar cara menggunakan text box dan memasukkan gambar ke dalam menu secara online.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali