Kelas Ms. Word (Asas Membuat Sticker)

2 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 1 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas ICT iaitu ‘Input dan Output Komputer’ yang bermula pada jam 4.00 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini telah disertai oleh murid-murid sekolah rendah SK Spaoh.

Tujuan utama kelas ini untuk mengajar para peserta yang baru dan ingin belajar salah satu program Ms. Office iaitu Ms. Word. Ms. Word mempunyai banyak fungsi dan salah satunya ialah digunakan untuk membuat sticker sama ada untuk kegunaan produk atau barangan rumah. Oleh itu, kelas kali ini memfokuskan kepada cara-cara asas membuat sticker menggunakan Ms. Word.

Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit pengenalan kepada kelas yang akan diadakan. Peserta kelas tersebut sebelumnya di nasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara kita dalam memerangi penularan wabak Covid-19. Pada awal kelas, peserta diterangkan kegunaan Ms. Word dan kelas yang akan diadakan iaitu membuat sticker dan kegunaan sticker tersebut. Oleh sebab peserta daripada kalangan murid sekolah rendah, hanya asas yang mudah difahami oleh mereka sebagai awal pendedahan mereka dengan Ms. Word. Sticker terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk. Antara fungsi Ms. Word yang digunakan dalam kelas ini ialah fungsi insert yang digunakan untuk membuat bentuk awal sticker sama ada bulat, segi empat atau segi tiga. Peserta diajar langkah demi langkah cara membuat bentuk sticker tersebut. Kemudian diajar juga fungsi format untuk align dan group sticker tersebut. Setelah bentuk awal sticker siap, peserta seterusnya diajar meletakkan gambar menggunakan fungsi insert gambar. Gambar boleh dimuat turun dalam internet dan pemilihan gambar adalah mengikut kreativiti peserta masing-masing. Selepas itu, peserta diajar fungsi WordArt untuk memasukkan perkataan pada sticker tersebut. Gambar dan perkataan pada sticker akan digabung jadi satu agar memudahkan mengalih dan menyalin gambar tersebut apabila sudah siap nanti. Sticker selalunya terdapat nama produk atau barang, logo dan maklumat seperti nombor yang boleh dihubungi. Untuk sticker saiz 5cm x 5cm, satu kertas A4 dapat memuatkan sebanyak 20 biji sticker.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet Komuniti iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali