Kelas ICT (Input & Output Komputer)
2 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniSelasa bersamaan 1 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas ICT iaitu ‘Input dan Output Komputer’ yang bermula pada jam 3.30 petang hingga 4.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh murid-murid sekolah rendah SK Spaoh.
Tujuan utama kelas ini untuk mengajar para peserta yang baru dan ingin belajar ilmu asas ICT seperti tajuk kelas pada kali ini iaitu pengenalan kepada input dan output pada komputer.
Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit pengenalan kepada kelas yang akan diadakan. Peserta kelas tersebut sebelumnya di nasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara kita dalam memerangi penularan wabak Covid-19. Seperti tujuan utama kelas untuk memberi pendedahan awal kepada peserta berkenaan pengenalan kepada input dan output komputer. Pada awalnya peserta dijelaskan isi kandungan kelas dan sedikit contoh situasi berkenaan bagaimana komputer dan penggunanya boleh berinteraksi. Peserta diterangkan maksud bagi firmware dan juga driver di mana-mana kedua-duanya program yang membantu komputer berinteraksi dengan input dan output pada komputer. Input serta output boleh bersambung melalui slot expansion, expansion card, expansion ports dan juga driver. Kemudian peserta dijelaskan maksud input iaitu segala jenis data dan arahan yang dimasukkan pada memori dalam komputer. Antara contoh-contoh input ialah papan kekunci, pointing devices seperti tetikus, track pad pada laptop dan skrin sentuh pada telefon bimbit, alat pengimbas, microphone dan kamera. Peserta dijelaskan secara terperinci setiap contoh input ini. Bagi output pula, ia merupakan segala jenis data yang telah diproses menjadi sesuatu bentuk yang berguna kepada penggunanya. Antara contoh-contoh bagi output ialah paparan skrin, mesin cetak dan pembesar suara atau speaker. Peserta diterangakan apa itu resolusi dan pixel pada gambar di mana setiap gambar mempunyai resolusi yang berbeza. Akhir sekali peserta diberi sedikit pengenalan kepada teknologi dan konsep 3D pada gambar dan video.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet Komuniti iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: