Kelas E-Learning (Coloring4u)

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 18 Januari 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan am kepada peserta tentang cara mewarna menggunakan aplikasi online iaitu coloring4u.com. Untuk sesi pembelajaran pada kali ini, peserta diminta memilih tema poster tanpa warna sebelum memulakan sesi mewarna. Setelah itu,peserta menyiapkan tugasan mewarna sehingga habis sesi pembelajaran.

Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat mengenai fungsi aplikasi coloring4u dan cara –cara menggunakannya. Kelas diakhiri dengan sesi latihan dan menyiapkan tugasan yang diberikan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali