Tips Kuasai Matematik dan Online Kuiz
13 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 12 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan taklimat tips kuasai matematik dan online kuiz bersama pelajar sekolah rendah bermula pada jam 3:00 sehingga 3:30 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Spaoh.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang tips mudah menguasai matematik dalam masa yang singkat. Selain itu, peserta didedahkan tentang cara menarik mengulangkaji pelajaran matematik dengan membiasakan diri membuat kuiz online pada masa lapang.
Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat pendek tentang tips menguasai matematik iaitu membuat latih tubi, menghafal sifir, menguasai pengiraan tambah tolak untuk nombor bawah 20, dan menjawab soalan yang rendah asasnya. Selain itu, peserta juga digalakkan menyiapkan latihan secara berkumpulan, dan tidak malu bertanya dengan guru sekiranya menghadapi masalah menjawab soalan matematik. Kelas diakhiri dengan sesi menjawab soalan kuiz matematik mengikut darjah.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: