Kelas Microsoft Office Word (Menaip Surat Kiriman Rasmi)
15 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 14 Disember 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Word iaitu “Menaip Surat Kiriman Rasmi” yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara dan format yang betul dalam menyediakan surat kiriman rasmi menggunakan program Microsoft Office Word.
Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan apa itu surat kiriman rasmi serta mengapa perlunya itu menyediakan surat rasmi ini dan perbezaannya dengan surat kiriman tidak rasmi. Kemudian peserta dijelaskan format yang betul dalam menyediakan surat kiriman rasmi seperti alamat pengirim, tarikh, garis lurus melintang, alamat penerima, kata penghadap, perkara, isu dan tandatangan pengirim. Setelah semua peserta faham, mereka diberi tugasan untuk menaip surat kiriman rasmi yang lengkap mengikut contoh yang telah diberikan. Mereka dikehendaki menaip surat kiriman tersebut menggunakan program Ms. Word.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: