Kelas Softskills (Kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat)
9 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniSelasa bersamaan 8 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti Spaoh (PIK Spaoh) telah mengadakan Kelas Softskills iaitu ‘Kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat’ yang bermula pada jam 3.00 petang hingga 3.30 petang. Kelas ini telah disertai oleh murid-murid sekolah rendah SK Spaoh.
Tujuan utama kelas ini untuk mengajar dan memberi pendedahan awal kepada para peserta salah satu daripada prinsip penting dalam kemahiran insaniah iaitu Kemahiran Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat.
Antara pengisian semasa kelas ialah sedikit pengenalan kepada kelas yang akan diadakan. Peserta kelas tersebut sebelumnya di nasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negara kita dalam memerangi penularan wabak Covid-19. Pada awal kelas, peserta diterangkan kelas yang akan diadakan serta isi kandungan kelas tersebut. Peserta dijelaskan dengan objektif serta kepentingan memiliki dan mempraktikkan kemahiran belajar secara berterusan dan pengurusan maklumat yang baik. Kemudian. peserta diterangkan definisi dan konsep bagi kemahiran pembelajaran berterusan. Peserta juga dijelaskan mengenai proses belajar berterusan dari umur 0-5 tahun, 6-24 tahun, 25-60 tahun dan 60 tahun ke atas. Selain itu, peserta turut diterangkan definisi dan konsep bagi maklumat. Peserta juga mengetahui ciri-ciri maklumat seperti maklumat mestilah relevan, boleh dipercayai, boleh difahami, lengkap dan tepat.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet Komuniti iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: