Kelas Ms Word (Penggunaan Text Box Untuk Membuat Carta Organisasi)

4 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 3 Ogos 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 2 hingga 5 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word iaitu menerangkan cara penggunaan tab insert dan tab format terdapat dalam Ms Word. Peserta juga diterangkan tentang cara penggunaan ribbon text box dan shape untuk membuat carta organisasi yang ringkas.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diajar cara menggunakan text box. Peserta diminta menggunakan text box untuk memberi tajuk kepada gambar serta untuk memberi penerangan dan menggunakan line anak panah pada gambar tersebut. Akhir sekali, penerangan tentang cara membuat carta organisasi keluarga yang ringkas menggunakan text box dan shape sahaja. Peserta juga menggunakan tab format untuk mewarna dan mengedit text box yang digunakan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali