Kelas Microsoft Office Excel (Fungsi-fungsi Asas dalam MS Excel)

21 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad, 20 Januari 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Excel iaitu ‘Fungsi-fungsi Asas dalam MS Excel’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 10 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai fungsi-fungsi asas yang terdapat dalam MS Excel.

Antara pengisian semasa kelas ialah semua peserta diterangkan satu persatu kegunaan butang yang terdapat pada menu utama MS Excel seperti kegunaan dan cara menukar jenis font, saiz font, warna font dan latar belakang font. Peserta juga diterangkan dan diajar fungsi dan cara menebalkan font menggunakan fungsi bold dan menyerong font menggunakan fungsi italic, mengaris font menggunakan fungsi underline dan banyak lagi.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali