Kelas Ms Word (Membuat Pie Chart & Bar Chart)

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 11 Mei 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word iaitu ‘Membuat Pie Chart & Bar Chart’ yang bermula pada jam 1.00 petang hingga 4.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word iaitu fokus kepada membuat carta pie dan carta bar serta menunjukkan bagaimana cara asas mengedit data pada carta tersebut.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diajar cara meyediakan carta bar dan carta pie. Mereka diajar cara yang betul mengedit data dan mengedit tajuk pada carta dengan mudah. Tajuk tugasan yang diberikan ialah carta bar perbelanjaan wang harian dan carta pie bilangan jam untuk setiap aktiviti seharian. Sesi kelas diakhiri dengan sesi soal jawab dan pemahaman terhadap sesi pembelajaran pada hari ini. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali