Kelas Ms Word (Pengenalan Ms Word & Membuat Surat Jemputan Majlis Kesyukuran)
14 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 13 Julai 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word iaitu cara menggunakan jenis-jenis tab yang terdapat dalam Ms Word dan pilihan ribbon yang terdapat pada tab tersebut. Peserta juga diterangkan tentang cara penggunaan ribbon untuk memudahkan kerja-kerja menaip seperti mengedit karakter font yang dipilih,layout paragraph dan juga spacing.
Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diajar cara menggunakan setiap ribbon yang terdapat pada tab home. Tab tersebut biasa digunakan untuk menaip surat ,memo,catatan,kerja kursus dan tugasan yang berkaitan. Peserta dijangka memahami cara memilih dan mengedit font,paragraph dan memilih text style yang bersesuaian dengan tugasan. Pada kali ini peserta diminta menyiapkan satu surat jemputan ringkas yang biasa digunakan oleh komuniti untuk menjemput para hadirin untuk hadir ke majlis kesyukuran/majlis doa selamat. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: