Kelas Ms Powerpoint(Membuat Tayangan Slide Photo)
28 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 27 July 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas Ms Powerpoint yang dihadiri oleh 6 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Taklimat tersebut diadakan di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara asas penggunaan program Ms Powerpoint dan penggunaaan setiap tab serta ribbon untuk membuat tayangan slide photo.
Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan tentang cara mengambil dan menyimpan gambar di desktop komputer sebelum digunakan di dalam Ms Powerpoint. Kemudian peserta diajar membuat tayangan slide photo,memasukkan gambar ke dalam slide, mengedit gambar, menyusun slide dan menggunakan transition untuk menjadikan tayangan photo yang lebih menarik. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: