Kelas Asas ICT (Pengenalan Enjin Carian)

8 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 7 July 219, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu pengenalan kepada enjin carian. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan tentang definisi enjin carian iaitu sebuah program yang mencari dan mengenal pasti item dalam pangkalan data yang sesuai dengan kata kunci atau aksara yang ditentukan oleh pengguna.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan apa itu enjin carian,kegunaan enjin carian, dan conton-contoh enjin carian yang biasa digunakan oleh pengguna. Pada akhir kelas ini, peserta diminta menggunakan mana-mana enjin carian yang popular digunakan masa kini dan mencari gambar yang kemudiannya disimpan ke Microsoft word.

Peserta dipastikan memahami cara menyimpan gambar yang dicari pada desktop untuk memudahkan tugasan. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali