Kelas E-Learning (Mendaftar Akaun Gmail & Google)

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 6 April 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Multimedia iaitu ‘Mendaftar Akaun Gmail dan Google’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara mendaftar akaun gmail dan google.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diajar satu persatu cara-cara mengisi dan mendaftar akaun gmail dan google. Akaun google ini sangat penting kerana ia diperlukan dalam kebanyakkan aktiviti dalam internet seperti mendaftar akaun media sosial seperti Facebook, Twiiter dan Instagram. Ia juga diperlukan untuk memohon pekerjaan, membuat laman sesawang dan mendaftar akaun yang melibatkan penggunaan aplikasi secara atas talian. Setelah semua akaun siap di daftar, semua peserta dikehendaki memasukkan semula gmail dan katakunci yang telah di daftarkan bagi memastikan mereka mengingat gmail yang telah buat.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali