Kelas e-Learning (Puzzle dan Kuiz)

14 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad, bersamaan 13 Januari 2019 Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas e-Learning iaitu ‘Puzzle dan Kuiz’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk menguji kecerdasan minda dan kekuatan daya ingatan peserta dalam menyiapkan sesuatu ‘Jigsaw Puzzle’ yang boleh didapati atas talian iaitu melalui laman web https://www.jigsawexplorer.com. Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awalnya diterangkan sedikit mengenai cara-cara menyiapkan Jigsaw puzzle. Kemudian, peserta dikehendaki memilih salah satu Jigsaw puzzle yang terdapat dalam laman sesawang tersebut dan seterusnya menyiapkan dan menyusun setiap puzzle untuk membentuk satu gambar lengkap.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali