Kelas Ms Word (Sesi Ulangkaji Membuat Pie Chart & Bar Chart)
24 November 2019 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 23 November 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahhari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengimbas kembali pembelajaran yang lepas iaitu pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word dan cara membuat carta lajur dan carta pai.
Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diajar cara meyediakan carta lajur dan carta pai. Mereka diajar cara yang betul mengedit data dan mengedit tajuk pada carta dengan mudah. Peserta dikehendaki menyiapkan tugasan iaitu membuat carta lajur perbelanjaan wang harian dan carta pai bilangan jam untuk setiap aktiviti seharian. Sesi kelas diakhiri dengan sesi soal jawab dan pemahaman terhadap intipati pembelajaran. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: