Kelas Microsoft Office Powerpoint (Cara-Cara Asas Membuat Slides)
24 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniSabtu bersamaan 23 Mac 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Powerpoint iaitu ‘Cara-Cara Asas Membuat Slides’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta cara-cara membuat slides menggunakan program Microsoft Office Powerpoint.
Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diajar cara untuk membuka slides pada pertama kalinya menggunakan MS Powerpoint dan kemudiannya semua peserta diajar untuk memilih layout yang mereka ingini dan sesuai dengan slides yang ingin dibuat. Tema slides yang dibuat pada kali ini adalah ‘Makanan dan Minuman Kegemaran’. Setelah itu, semua peserta diajar cara menukar jenis font serta saiz dan warnanya bagi mencantikkan lagi slides mereka. Di samping itu, mereka juga diajar mengambil atau memasukkan gambar daripada komputer atau internet ke dalam slides yang mereka buat. Setiap peserta perlu menyiapkan slides mengikut tema yang telah diberikan.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: