Kelas Multimedia (Memotong lagu menggunakan MP3 Cutter)

7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 6 Julai 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Multimedia iaitu memotong lagu menggunakan program MP3 Cutter bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cara untuk memotong lagu menggunakan program MP3 Cutter.Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diterangkan sedikit mengenai kepentingan dan kegunaan memotong lagu menggunakan program MP3 Cutter.

Pelajar diajar satu persatu proses memotong lagu tersebut. Peserta pada awalnya dikehendaki memilih lagu yang mereka ingin potong dan peserta diajar cara memuat turun lagu menggunakan laman sesawang www.mp3juices.cc. Selepas lagu dipilih peserta dikehendaki memili bahagian lagu yang mereka inginkan sahaja dan bahagian lainnya akan dibuang atau dipotong menggunakan MP3 Cutter. Setelah siap dipotong, lagu tersebut siap untuk dimuat turun oleh peserta dan boleh dijadikan sebagai nada dering atau muzik. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali