Kelas asas ICT (Etika dan Peraturan ketika di dalam makmal komputer)

14 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 13 Julai 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas asas ICT iaitu Etika dan Peraturan ketika di dalam makmal komputer bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta etika dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh peserta ketika berada di dalam makmal komputer serta sedikit penerangan mengenai jenis-jenis komputer. Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan mengenai etika-etika semasa memasuki dan berada di dalam makmal komputer seperti memastikan semua peralatan yang digunakan berfungsi, memberitahu jika terdapat peralatan komputer tidak berfungsi dan rosak, tidak mengubah dan membuang apa-apa aplikasi dan program yang terdapat dalam komputer serta menutup semua komputer setelah habis digunakan.

Peserta juga dijelaskan sedikit mengenai jenis-jenis komputer seperti supercomputer, mainframes, mini komputer dan microcomputer serta perkakasan wajib ada pada komputer seperti papan kekunci, tetikus, monitor, pembesar suara dan printer. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali