Kelas Microsoft Office Word (Menaip semula petikan)

7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 6 Julai 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word iaitu menaip semula petikan yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cara untuk menaip semula petikan yang disediakan menggunakan program Ms Word dengan format yang betul.

Antara pengisian semasa kelas ialah pelajar diterangkan sedikit fungsi-fungsi butang yang terdapat dalam Ms. Word untuk memudahkan mereka menaip semula petikan yang akan diberikan. Selepas itu, setiap peserta diberikan satu salinan petikan dan mereka dikehendaki menaip semula petikan tersebut ke dalam Ms. Word menggunakan format yang betul seperti jenis dan saiz font, bold, italic, underline, bullets, spacing dan banyak lagi. Semua peserta perlu menyiapkan tugasan dalam masa 2 jam. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali