Kelas Ms Word (Surat Tidak Rasmi)

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 24 Ogos 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms Word iaitu “Menaip Surat Tidak Rasmi” yang bermula pada jam 2.00 hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 8 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas Ms Word iaitu cara menggunakan jenis-jenis tab yang terdapat dalam Ms Word dan pilihan ribbon yang terdapat pada tab tersebut. Peserta juga diterangkan tentang cara menaip surat dengan betul,penggunaan tab untuk membuat jarak perenggan, dan penggunaan caps lock untuk huruf besar dan kecil.

Antara pengisian semasa kelas ialah pembelajaran tentang format surat tidak rasmi yang betul bermula dari alamat, pengenalan surat, penggunaan kata ganti nama, pengisian surat, penutup dan tandatangan pengirim. Kemudian peserta diberikan contoh surat tidak rasmi untuk mengukuhkan lagi pemahaman. Akhir kelas, peserta diminta menaip semula contoh surat tidak rasmi sebagai tugasan sebelum menamatkan kelas.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali