Kelas Microsoft Office Powepoint (Asas MS Powerpoint)

12 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Isnin, 11 Februari 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Powerpoint iaitu ‘Asas MS Powerpoint’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 7 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta mengenai cara-cara asas menggunakan program Microsoft Office Powerpoint (MS Powerpoint) di dalam komputer.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diajar cara-cara asas menggunakan program MS Powerpoint seperti menukar halaman belakang slides, susun atur slides, menggunakan trasisi, animasi dan juga tema untuk slides. Selepas peserta diajar semua konsep asas penggunaan MS Powerpoint, mereka kemudianya dikehendaki membuat satu slides yang bertemakan bebas bagi menguji pemahaman peserta mengenai pengisian yang telah diberikan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan maklamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali